RSS

Sunday, June 19, 2011

SURIA DI CORDOBA



Korang tengok tak drama ni?? Drama ni disiarkan pada setiap hari Selasa pukul 9 malam di Astro Prima. Sekarang saya dah jatuh cinta dengan drama ni pulak.. adoi la, kan.. banyak sangat cerita yang ko suka tengok kan, fariza?? Ish... ish... memang hantu tv betul la.. hihi


Kenapa saya suka ek?? Sebab saya suka sangat tengok drama@filem yang menunjukkan keindahan tempat, bangunan dan juga kawasan bersejarah. Lebih-lebih lagi sejarah Islam. Saya dapat tahu yang team produksi drama ni shooting sampai ke Cordova nun untuk melengkapkan penceritaannya. Sehingga hari ini, saya masih menyimpan impian untuk melawat tempat-tempat bersejarah seperti Istana al-Hambra di Andalusia, Masjid Biru, Tasik Bosphorus, dan lain-lain. Alangkah indahnya seni bina Islam ini. Subhanallah...


Team Suria di Cordoba di Sepanyol...

Dari kiri:- Adiputra, Feroz Kadir (pengarah), Tatiana, Kartina (pengurus produksi - Spain), Acik (2nd camera), Datin Zaiton Mohd. Jiwa (Produser), Zubir Mohd Yunos (wartawan BH), Sariyanti, Zetty Adila (eksekutif produser), Fahrin Ahmad & Zack (soundman)


Tiga pelakon utama SDC, Sari Yanti, Fahrin Ahmad & Adiputra.. di salah satu lokasi menarik di Cordoba, sebuah bangunan bersejarah...








Lagi faktor yang menjadikan drama ni best, of course la lagu tema nyanyian Dato' Siti Nurhaliza yang bertajuk Astana Jiwa.





Info: Drama ini telah diadaptasi daripada skrip "Suria Di Cordoba" yang telah memenangi Hadiah Pertama Pertandingan Menulis Skrip Berunsur Islam anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).


p.s: sekali lagi nadia mustapha menjadi penyeri drama ni.. comel je dia berlakon macam dalam drama "Cinta Gila"..


0 Orang Tinggalkan Pesan:

 
Copyright CERITA TENTANG KITA 2009. Powered by Blogger.Wordpress Theme by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul Dudeja.